Rabu, 22 April 2009

11 JENIS MANUSIA DIDOA MALAIKAT

Dalam menghadapi cabaran kehidupan,manusia mamerlukan sokongan malaikat. Percaya kepada malaikat adalah antara Rukun Iman.Ada malaikat yang ditugaskan berdoa kepada makhluk manusia dan sudah tentu seseorangyang didoakan malaikat mendapat keistimewaan.


Dalam hidup, kita sangat memerlukan bantuan rohani dalam menghadapi ujian yang kian mencabar.Bantuan dan sokongan malaikat sangat diperlukan.

Kali ini Irfan akan menyenaraikan antara jenis manusia yang akan menerima doa malaikat, petikan sebuah surat khabar.
Ketika kita menghadapi masalah, kerumitan, keperluan dan bimbingan, bukan saja kita perlukan kekuatan doa dari lidah, tetapi juga sokongan malaikat.

Antara orang yg mndapat doa malaikat ialah:

1. Orang yang tidur dalam keadaan suci.
2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.
3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.
4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah, maksudnya tidak membiarkan saf kosong.
5. Malaikat sama-sama mengucapkan AMIN ketika Imam solat selesai membaca Al-Fatihah.
6. Orang yang masih duduk di tempat solatnya walaupun selepas solat (untuk berzikir).
7. Orang yang berjemaah solat Subuh dan Asar.
8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuannya.
9. Orang yang membelanjakan harta di jalan Allah (berinfak/ bersedekah).
10. Orang yang sedang makan sahur.
11. Orang yang sedang melawat pesakit.

dimanakah anda ?

sebarkanlah Islam

iluvislam.com

iluvislam

Cari Blog Ini

Insyallah kudoakan