Rabu, 10 Jun 2009

Meet Uncle Hussain - Pari-Pari Bawah Angin Lyrics

Masa…
Memaksa kita
Berpisah bagi sementara
Tak pernah ku pinta

Ada… Kalanya…
Kita mampu merencana
Takdir yang terlaksana

Satu hati di hujung langit
Satu… itu sepuluh
Sejauh bima sakti
Kita yakin kembali

Tinggal…
Tinggal lah oh pari-pari
Usah kau bersedih hati
Ku percaya akan mu…

Tinggal…
Tinggal lah oh pari-pari
Usah kau bersedih hati
Ku akan kembali…

Seksa…
Tersiksa batinnya
Usah lagi kau titiskan air mata
Hati ku terseksa jua…

Penantian…
Benar-benar menyiksakan
Jika ini satu rintangan
Harus kita teruskan…

Satu hati di hujung langit
Satu… itu sepuluh
Sejauh bima sakti
Kita yakin kembali

Tinggal…
Tinggal lah oh pari-pari
Usah kau bersedih hati
Ku percaya akan mu…

Tinggal…
Tinggal lah oh pari-pari
Usah kau bersedih hati
Ku akan kembali… [2x]

Lalalalala..
Lalalalala..
Lalalalala..
Ku akan kembali… [2x]

Meet Uncle Hussain - Lagu Untukmu Lyrics

Tiada bintang
Dapat menerangkan hati yang telah dicela
Bagai ku lumpuh tak mampu berdiri
Aku tetap begini takkan berubah kerna

Aku tetap aku dan alur hidup mu bukanlah aku
Guna hati akal dan fikiranku
Berbeza engkau dan juga aku
Dua hati yang tak mungkin bersatu
Adakah aku
Hanya boneka yang sering engkau mainkan

Yang dikawal oleh jari jarimu
Ku punya hati dan perasaan
Pernahkah engkau fikirkan
Cukup-cukuplah oh cukuplah
Guna hati akal dan fikiranmu
Berbeza engkau dan juga aku
Dua hati yang tak mungkin bersatu

Tak tahan tak tahan
Sabarku tak tertahan
Melayan sikapmu perawan

Berbeza berbeza
Kau dan aku berbeza
Kita memang tak serupa

Bebaskan
Ku ingin dilepaskan
Kita tidak sehaluan

Cukuplah sudahlah
Sampai disini sahaja
Hubungan kita berdua

Rabu, 3 Jun 2009

cara cepat membuat blog

dipetik daripada :
www.arifin-aziz.blogspot.com


KANDUNGAN
1. Muqaddimah
2. Emel & Blog
3. Persediaan Sebelum Membuat Blog
4. Pendaftaran Blog
5. Membuat “Post” yang pertama
6. Menjadikan Blog Canggih Manggih
7. Penutup


© hak cipta hanya pada Allah ta’ala
Sila gunakan ilmu ini untuk perkara yang baik
Shah Alam; Khamis, 16 Oktober 2008


A. Muqaddimah

Kecanggihan teknologi pada masa kini menjadikan orang boleh mengetahui maklumat terkini di pelusuk dunia hanya dengan satu klik. Kini, satu lagi teknologi baru sedang menjadi kegilaan ramai ialah BLOG, sebuah “laman web mini” yang boleh diupdate oleh orang biasa dan boleh diakses oleh manusia seluruh dunia, satu lagi kelebihannya ialah ianya “percuma”.

Tulisan ini bertujuan –setelah mendapat malumbalas rakan-rakan- untuk berkongsi pengalaman dalam mengurus blog sekolah. Diharapkan tulisan ini dapat membantu guru-guru membuat blog sendiri untuk matapelajaran masing-masing atau hobi masa lapang.

B. Emel & Blog

Kemudahan blog ditawarkan oleh beberapa pengendali emel gergasi dan penegndali kapcai luar dan dalam negara.

Sebagai contoh :

- hotmail (MSN) menawarkan SPACE.LIVE.COM
- yahoo(YAHOO) menawarkan WORDPRESS.COM
- gmail (GOOGLE) menawarkan BLOGSPOT.COM
- MYBLOGSITE.COM
- BLOGDRIVE.COM
- VOX.COM
- BLOG4ME.COM
- NEWBLOG.COM
- THOUGHTS.COM
- SOSBLOG.COM
- IMEEM.COM
- dan lain-lain

C. Persediaan Sebelum Membuat blog

Saya mencadangkan BLOGGER.COM sebab ia sokongan beberapa aplikasi yang canggih dan mempunyai storan maya yang besar. Serta mereka membuat penyelidikan dan pembangunan ( R & D ) yang berterusan dan kedepan.

Langkah Pertama : DAFTAR GMAIL
- layari http://www.gmail.com/
- sign-up
- buat pendaftaran

Langkah Kedua : DOWNLOAD PICASA
- layari http://www.picasa.google.com/
- download picasa 3
- Perisian ini untuk menyimpan gambar.


D. Pendaftaran Blog

- layari http://www.blogger.com/
- Sign in menggunakan emel & password gmail anda
- Ikuti arahan yang diberi
- Apa yang anda masukkan boleh diedit kemudian.
- Sign out

E. Membuat “Post”

Menhantar berita dalam blog ;
a. POST/ BERITA yang pertama
- layari www.( blog yang sudah anda daftarkan ).blogspot.com
- sign in
- Klik NEW POST
- tulis tajuk pada TITLE
- tulis pautan pada LINK, jika berkenan
- tulis berita pada ruangan kosong
- klik PUBLISH POST
- klik VIEW BLOG

b. POST PICTURE/ bergambar
- klik NEW POST ( di kanan atas blog anda )
- tulis tajuk pada TITLE
- tulis pautan pada LINK
- tulis berita pada kotak yang disediakan
- pada bar edit di atas kotal berita, klik ADD IMAGE
- pilih gambar klik BROWSE
- jika mahu tambah gambar klik ADD ANOTHER IMAGE
- pilih kedudukan gambar klik ( LEFT, RIGHT, CENTRE )
- pilih saiz gambar klik IMAGE SIZE
- klik UPLOAD IMAGE
- klik PUBLISH NOW

c. POST VIDEO
- tulis tajuk pada TITLE
- tulis pautan pada LINK
- tulis berita pada kotak yang disediakan
- pada bar edit di atas kotal berita, klik ADD VIDEO
- cari video klik BROWSE
- tulis tajuk video
- klik UPLOAD VIDEO

F. Menjadikan Blog Canggih Manggih

Menambah GADGET
- Selepas sign in
- Klik LAYOUT
- Klik ADD A GADGET
- Pilih mana yang berkenan
o Basics
§ BLOG LIST
§ SLIDESHOW ( perlukan Picasa )
§ POLL
§ LINK LIST
§ PICTURE
§ TEXT
§ HTML/ JAVA SCRIPT ( untuk pautan )
§ VIDEO BAR( perlukan youtube )
o Featured
o Most Popular
o News
o Tools
o Communication
o Fun & Game
o Finance
o Sports
o Lifestyle
o Technology
- Klik SAVE
- Klik SAVE ( warna oren kanan atas )
- Klik VIEW BLOG

Menambah PAUTAN

JAM
i. Layari http://www.clocklink.com/
ii. Go to GALLERY
iii. Klik VIEW HTML CODE
iv. Klik AGREE
v. Pilih Colour
vi. Pilih Zon Masa
1. Time zone : GMT + 08.00
2. Country : Malaysia & KL
vii. “Copy” kod ( heret mouse, klik mouse kanan – copy )
viii. Kembali ke BLOGGER ( sebaiknya buka dua internet )
ix. LAYOUT
x. ADD A GADGET
xi. BASICS – HTML/ JAVA SCRIPT
Xii. Tulis tajuk, ex : Jam, Demi Masa, Waktu itu Emas dll
xiii. “Paste” kod di kotak yang disediakan ( mouse kanan- paste)
xiv. SAVE
xv. SAVE – warna oren


KALENDAR HIJRI
i. Layari http://www.hijriah.jentayu.com/
ii. Klik DAPATKAN SKRIP TARIKH HIJRI DI SINI
iii. “Copy” kod ( heret mouse, klik mouse kanan – copy )
ikuti langkah viii - xv di atas

SEMBANG MAYA
i. Layari http://www.shoutmix.com/
ii. Daftar
iii. Create shoutmix
iv. Choose style
v. Place on site
vi. “Copy” kod ( heret mouse, klik mouse kanan – copy )
vii. ikut langkah viii - xv di atas

TULISAN BERGERAK
i. Layari http://www.nackvision.com/ticker
ii. tulis PERKATAAN YANG ANDA INGINKAN
iii. klik PREVIEW
iv. klik GET CODE
v. “Copy” kod ( heret mouse, klik mouse kanan – copy )
vi. ikuti langkah viii - xv di atas.

Lain-lain gadget buat carian di google : “gadget for blog”

G. LAIN-2

a. mengubah nama blog
- SIGN IN
- klik SETTING
- klik PUBLISHING
- tukar BLOGSPOT ADDRESS
- save

b. mengubah TITLE
- SIGN IN
- Klik SETTING
- Klik BASIC
- Tukar TITLE
- Tukar DESCRIPTION ( tulisan di header blog )
- Save

Lain-lain tips & trick sila emel atau telefon, tak boleh lah bagitau semua. Kena berguru dan bawa pengerasnya.

Penutup

Semoga tulisan ini bermanfaat dan dapat dimanfaatkan untuk manfaat orang ramai dan menyebarkan ilmu yang bermanfaat.

arifin.aziz@gmail.com
012-3907796
Arifin-aziz.blogspot.com

Hadiah Malam Jumaat

Pengalaman Salih Al Mazi

Pada suatu malam bertepatan malam Jumaat Salih Al Mazi pergi ke masjid jamik untuk mengerjakan solat subuh. Kebiasaannya ia berangkat awal sebelum masuk waktu subuh dan melalui sebuah pekuburan. Di situ Salih duduk sekejap sambil membaca apa-apa yang boleh mendatangkan pahala bagi ahli kubur memandangkan waktu subuh masih lama lagi. Tiba-tiba dia tertidur dan bermimpi melihat ahli-ahli kubur keluar beramai-ramai dari kubur masing-masing.

Mereka duduk dalam kumpulan-kumpulan sambil berbual-bual sesama mereka. Al Mazy ternampak seorang pemuda ahli kubur memakai baju kotor serta tidak berkumpul dengan ahli-ahli kubur yang lain. Dia duduk seorang diri di tepi kuburnya dengan wajah murung, gelisah kerana sedih.

Tidak berapa lama kemudian datang malaikat membawa beberapa talam yang ditutup dengan saputangan. Seolah-olah seperti cahaya yang gemerlapan.

Malaikat mendatangi para ahli kubur dengan membawa talam-talam itu, tiap seorang mengambil satu talam dan dibawanya masuk ke dalam kuburnya.

Semua ahli kubur mendapat satu talam seorang sehingga tinggallah si pemuda yang kelihatan sedih itu seorang diri tidak mendapat apa-apa.

Dengan perasaan yang sedih dan duka dia bangun dan masuk semula ke dalam kuburnya.

Tapi sebelum dia masuk Al Mazy yang bermimpi segera menahannya untuk bertanyakan keadaannya. "Wahai hamba Allah ! Aku lihat engkau terlalu sedih mengapa?" tanya Salih Al Mazy. "Wahai Salih, adakah engkau lihat talam-talam yang dibawa masuk oleh malaikat sebentar tadi?" tanya pemuda itu. "Ya aku melihatnya. Tapi apa benda di dalam talam-talam itu ?" tanya Al Mazy lagi. Si pemuda menerangkan bahwa talam-talam itu berisi hadiah orang-orang yang masih hidup untuk orang-orang yang sudah mati yang terdiri dari pahala sedekah, bacaan ayat-ayat suci Al Quran dan doa. Hadiah-hadiah itu selalunya datang setiap malam Jumaat atau pada hari Jumaat. Si pemuda kemudian menerangkan tentang dirinya dengan panjang lebar.

Katanya dia ada seorang ibu yang masih hidup di alam dunia bahkan telah berkahwin dengan suami baru. Akibatnya dia lupa untuk bersedekah untuk anaknya yang sudah meninggal dunia sehingga tidak ada lagi orang yang mengingati si pemuda. Maka sedihlah si pemuda setiap malam dan hari jumaat apabila melihat orang-orang lain menerima hadiah sedangkan dia seorang tidak menerimanya.

Al-Mazy sangat kasihan mendengarkan cerita si pemuda. lalu ia bertanya nama dan alamat ibunya ia dapat menyampaikan keadaan anaknya. Si pemuda menerangkan sifat2 ibunya. Kemudian Al Maizy terjaga. Pada sebelah paginya Al Maizy terus pergi mencari alamat ibu pemuda tersebut. Setelah mencari kesana kemari beliaupun berjumpa ibu sip pemuda tersebut lantas menceritakan perihal mimpinya.

Ibunya menangis mendengar keterangan Al maizy mengenai nasib anaknya yang merana di alam barzah. Kemudian ia berkata :"wahai salih ! Memang betul dia adalah anakku. Dialah belahan hatiku, dia keluar dari dalam perutku.

Dia membesar dengan minum susu dari dadaku dan ribaanku inilah tempat dia berbaring dan tidur ketika kecilnya." Al Maizy turut sedih melihat keadaan ibu yang meratap dan menangis penuh penyesalan kerna tidak ingat untuk mendoakan anaknya selama ini.

"Kalau begitu saya mohon minta diri dahulu." kata Al maizy lalu bangun meninggalkan wanita tersebut. Tatkala dia cuba untuk melangkah si ibu menahannya agar jangan pulang dahulu. Dia masuk kedalam biliknya lalu keluar dengan membawa wang sebanyak seribu dirham. "Wahai Salih, ambil wang ini dan sedekahkanlah untuk anakku, cahaya mataku. Insya Allah aku tidak akan melupakannya untuk berdoa dan bersedekah untukya selama aku masih hidup."

Salih Al Maizy mengambil wang itu disedekahkannya kepada fakir miskin sehingga tidak sesenpun dari seribu dirham itu yang tinggal. Dilakukannya semua itu sebagai memenuhi amanah yang diberi kepadanya oleh ibu pemuda tersebut.

Pada suatu malam Jumaat di belakang selepas itu, Al Maizy berangkat ke masjid jamik untuk solat jamaah. Dalam perjalanan sebagaimana biasa ia singgah di perkuburan. Di situlah ia terlena sekejap dan bermimpi melihat ahli-ahli kubur keluar dari kubur masing2. Si pemuda yang dulnya kelihatan sedih seorang diri kini keluar bersama-sama dengan memakai pakaian putih yang cantik serta mukanya kelihatan sangat gumbira. Pemuda tersebut mendekati Salih Al Maizy seraya berkata :

"Wahai tuan Salih, aku ucapkan terima kasih kepadamu. Semoga Allah membalas kebaikanmu itu.

" "Hadiah dari ibuku telah ku terima pada hari jumaat." katanya lagi. "Eh, Engkau boleh mengetahui hari Jumaat ?" tanya Al Maizy.

"Ya, Tahu." "Apa tandanya ?" "Jika burung-burung di udara berkicau dan berkata "Selamat selamat pada hari yang baik ini, yakni hari Jumaat."

Salih Al Maizy terjaga dari tidurnya. Ia cuba mengingati mimpinya dan merasa gumbira kerana sipemuda telah mendapat rahmat dari Allah disebabkan sedekah dan doa dari ibunya.

(Petikan kisah Wali-Wali Allah (2) terbitan syarikat Nurulhas).

Selasa, 2 Jun 2009

Kisah UPIN dan IPIN







GENG the movie, dengan penampilan istimewa Ipin & Upin yang sedang menggamatkan pawagam di seluruh Malaysia, memang menonjolkan kemampuan bakat-bakat & teknologi tempatan yang boleh dikatakan berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan orang putih.
saya difahamkan ini film tentang GENG bukan Upin&Ipin yang jadi hero, tapi tidak dinafikan tsunami upin&ipin lah yang menarik 1,5 juta penonton TV ke pawagam -dipaksa orang tua budak-budak ini ikut sekali- jadi sasaran 10 juta tu memang relevan. Cuba bayangkan jika ramadhan dua tahun lalu LCP tidak mengeluarkan siri pendek upin & ipin, yang jadi taruhan hanya teknologi je lah.

Betul ke ada hantu di kampung ni tok dalang ? tanya wartawan membuka cerita.

Pada masa yang sama cucu Tok Dalang [Badrul] dan kawannya [Lim] memang merancang 'balik kampung' untuk merasai suasana kampung khasnya durian kampung, tapi peliknya dia TAK tahu mana rumah atuknya [dah lama kot tak balik kampung]. bila dah jumpa atuk, cucunya kena marah sebab ibubapanya tak ikut sama [tak diceritakan kenapa ?]

Macam-macam halangan perjalanan, memang gamat. Hebat idea tu.

Tapi bila lembu Raju [Sappi] menyerupai kuda, ini dah menanamkan sesuatu pemahaman yang salah ke budak-2, jenuh nak jawap, lembu boleh buat macam tu ke ayah ?

Pengalaman bermula dengan badrul dan lim ditemani rajoo pergi ke dusun durian, upin dan ipin yang mengetahui hajat mereka turut sama mengikutinya.

'Nak ikuut, nak ikuuuut' jerit upin & ipin

Kak ros yang mencari adik-adiknya turut tersesat dalam perjalanan balik.

Mereka bertemu Opet, makhluk dari dunia lain, yang juga tersesat.

Lepas tu, ..... [ tengok sendiri, rasai sendiri... kehebatan teknologi pertama animasi 3D malaysia ]
selebihnya kena tengok sendiri, sokong yang original, tengok yang original, beli yang ori.Jangan beli cetak rompak sudah

Betul, betul, betul.Tengok sendiri yang original tapi jangan beli cetak rompak.

saya, dipaksa selepas dirayu, anak saya.
nak tengok, nak tengok !!!

sebarkanlah Islam

iluvislam.com

iluvislam

Cari Blog Ini

Insyallah kudoakan